Rasanya
ramai yang tak perasan tentang pertandingan ini. Sempena bulan
kemerdekaan (jangan ingat nak raya je..) kumpulan Utusan menganjurkan
pertandingan menghias laman web/blog dengan Jalur Gemilang yang
menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM7500.
Oleh itu aku ingin mengajak rakan
blogger semua untuk menyertai pertandingan ini. Caranya sangat mudah.
Hias je blog dengan Jalur Germilang, tak kisahlah banner besar/kecil dan
hantarkan screenshot blog dan ini borang penyertaan di sini.
Blog yang dihantar untuk bertanding adalah bebas, bermaksud apa jenis blog dalam apa jua bahasa boleh diterima asalkan ia dimiliki oleh rakyat Malaysia (penduduk tetap tak boleh). Dari segi hosting
pun bebas, tak kisah samada guna hosting dalam negara atau luar negara
dan takde sekatan untuk blog yang menggunakan domain sendiri atau
Blogspot.
Jadi join sekarang! Takde apa yang nak
dimalukan dengan semangat patriotik dalam diri kita. Aku dalam proses
untuk mencari designer buatkan banner untuk blog ni. hehe.. Nak buat
sendiri memang tak jadi nanti. Kepada freelance designer di luar tu,
time nilah nak contribute design banner kemerdekaan percuma untuk blog
lain gunakan.
Hadiah untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:- Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
- Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
- Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
- Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang
Sebarkan tentang pertandingan ni dan ajak rakan blogger lain join sekali.
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera














No comments:
Post a Comment